COMMENTARY Institutional reform democracy good governance APR 18, 2020 Parlimen ‘perkhidmatan penting’ untuk negara berhadapan krisis COVID-19 By Fakhrurrazi Rashid [For English version please click here] Sebelum ini kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu bahawa parlimen akan mula mesyuarat pertama pada 18 Mei 2020. Meskipun keputusan ini masih sama, namun difahamkan bahawa persidangan 18 Mei nanti hanya berlangsung selama sehari. Persoalannya, adakah perkhidmatan gunting rambut lebih penting berbanding perkhidmatan parlimen yang membincangkan urusan penting negara? Adakah Akta Pencegahan dan Kwalan Penyakit 1988 menghalang parlimen untuk berfungsi ketika waktu krisis dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?