Kerajaan masih ada ruang fiskal untuk perkenal suntikan baharu – Badan pemikir

Jaideep Singh, penyelidik REFSA berpendapat kerajaan perlu memperkenalkan suntikan baharu untuk menggalakkan penggunaan dan pelaburan swasta bagi memulihkan ekonomi negara. Suntikan baharu ini lebih penting berbanding dakwaan tidak berasas Perdana Menteri yang menyatakan kerajaan tidak mempunyai banyak wang selepas berbelanja untuk COVID-19.








