GalenxREFSA C19 Vaccines BM

[Galen Centre for Health and Social Policy x REFSA Forum] Vaksin COVID-19: Antara Keraguan, Tahyul dan Fakta

Dianjurkan oleh Galen Centre for Health and Social Policy dan REFSA

TARIKH: 3 MAC 2021, SELASA

MASA: 8:30pm – 9:30pm

RANGKUMAN

Selepas satu tahun memerangi pandemik COVID-19, vaksin bagi penyakit ini kini sudah tiba di Malaysia. Walaupun kajiselidik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 2/3 daripada responden sedia mengambil vaksin yang diberikan, masih ramai yang ragu, atau menolak suntikan sama sekali.

Adakah vaksin-vaksin ini selamat? Siapa perlu atau tidak perlu mengambilnya? Apakah peranan vaksinasi dalam mencapai imuniti kelompok dan memperlahankan penyebaran wabak COVID-19?

Sertailah forum ini untuk mendapat jawapan bagi soalan-soalan anda, bagi menentukan sendiri isu vaksin COVID-19.

Acara ini dianjurkan bersama oleh Galen Centre for Health & Social Policy dan REFSA (Research for Social Advancement)

AHLI PANEL

  • Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Pahang
  • Dr. Imelda Balchin, Pakar Obstetrik, Hospital Pakar KPJ Damansara
  • En Amrahi Buang, Presiden, Persatuan Ahli Farmasi Malaysia

Moderator: Azrul Mohd Khalib, Galen Centre for Health & Social Policy

Kata-kata aluan: Iskandar Fareez, REFSA

 

Your Cart
SUPPORT US