SIDANG pertama Dewan Negeri (DUN) Johor bagi penggal ke-15 bermula hari ini dan ia akan menjadi tumpuan penting buat Bangsa Johor bagi melihat kemampuan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar baharu, Onn Hafiz Ghazi mengemudi hala tuju negeri.
Kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi pada 3 Jun lalu berkenaan pelaksanaan Transformasi Parlimen adalah satu perkembangan yang positif. Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan tiga perubahan Parlimen iaitu penubuhan Suruhajaya Perkhidmatan Parlimen, pindaan kepada Akta Majlis Parlimen (Kebebasan dan Keistimewaan) 1952 (Akta 347) dan menggubal Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen. Siapa sangka, dalam tempoh setahun, idea-idea reformasi Parlimen ini telah menjadi tumpuan penting kerajaan Ismail Sabri Yaakob.
Sejauh manakah rakyat bersedia untuk menjalankan hak sebagai pengundi sekiranya wakil rakyatnya lompat parti? Adakah mereka bersedia dan sanggup turun ke pilihan raya kecil membuang undi memilih wakil rakyat baharu sekiranya Akta ALP diluluskan? Atau semua ini tidak dipedulikan rakyat setelah Parlimen meluluskan RUU ALP?
Sekiranya ahli parlimen merasakan RUU ALP ini mempunyai banyak kelemahan yang perlu dibaiki, berikanlah kuasa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk mengkajinya secara dwipartisan.
Lim Kit Siang antara wakil rakyat terawal mencetuskan reformasi parlimen sejak awal 70-an. Pemikiran demokratik beliau telah mencorakkan usaha mematangkan sistem parlimen yang lebih terbuka dan benar-benar bertunjangkan suara rakyat.
Kebanyakan ahli parlimen menghabiskan masa di kawasan membantu rakyat, tetapi tugas hakiki mereka sebagai penggubal undang-undang dan menyemak dasar kerajaan hampir tidak berlaku sepanjang pandemik. Mengapa?
Kindly make your donation directly into our bank account below, and then click “Choose file” to upload your bank-in-slip. For any questions or queries in relation to your donation, please whatsapp/contact+6016 986 9657.
Research For Social Advancement Bhd Public Bank 3128187430 account@refsa.org