Belanja lebih untuk pulih lebih pantas, kata panel forum Belanjawan 2021

Belanjawan 2021 sepatutnya mempunyai defisit belanjawan lebih tinggi untuk pemulihan ekonomi lebih pantas. Kadar meminjam pada waktu ini dijangka akan lebih berdaya saing dan berada pada tahap terendah. Ianya tidak akan memberi keburukan kerana banyak negara dijangka melakukan perkara sama bagi merangsang kembali ekonomi yang terjejas kerana pandemik COVID-19.








