REFSA
81636005485_TBBajet

Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi – REFSA

Baca ulasan REFSA tentang Belanjawan 2022 di sini

Badan pemikir, Penyelidikan untuk Kemajuan Sosial (REFSA) melihat jumlah yang diperuntukan kerajaan dalam Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil dan tidak signifikan untuk agenda transformasi Parlimen.

Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan Parlimen.

“Dalam Belanjawan 2022, institusi Parlimen menerima peruntukan sebanyak RM 148.3 juta berbanding RM145.3 juta pada tahun 2021, iaitu peningkatan peruntukan sebanyak RM 3.02 juta atau 2.04 peratus.

“Walau bagaimanapun, jumlah peningkatan dana ini dilihat kecil dan tidak signifikan untuk menyokong dan meletakan limitasi terhadap agenda transformasi Parlimen yang dinyatakan oleh kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik1 bersama Pakatan Harapan (PH),” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Tambah beliau lagi, ahli Parlimen perlu meneliti dan menyemak peruntukan Parlimen dan JPM untuk memastikan setiap anggaran munasabah.

“Berdasarkan Jadual 1, Parlimen pernah menerima penambahan dana yang lebih tinggi berbanding Belanjawan 2022. Dalam Belanjawan 2019 yang disediakan kerajaan PH, dana Parlimen meningkat kepada RM137.4 juta berbanding RM125.1 juta dalam Belanjawan 2018 ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), iaitu peningkatan sebanyak RM 12 juta atau 8.95 peratus,” tambah beliau.

Namun jelasnya, proses meminda belanjawan adalah sukar buat ahli Parlimen, semangat dwipartisan yang diketengahkan dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang, boleh dijadikan satu keperluan mendesak agar peruntukan ini boleh dipinda dan ditambah baik.

“Kerajaan Ismail Sabri perlu terbuka dan perlu menjelaskan secara terperinci mengenai pendirian kerajaan menambah peruntukan Parlimen yang dengan jumlah yang kecil tetapi mengekalkan dana yang besar kepada JPM.

“Pihak kerajaan perlu bertindak berani dan rasional menggunakan kuasa yang ada untuk meminda atau menngurangkan sesuatu peruntukan atas persetujuan ahli Parlimen,” jelasnya lagi

 

Baca ulasan REFSA tentang Belanjawan 2022 di sini

-Published in Astro AWANI on 5 November 2021.

Your Cart
SUPPORT US