bajet-2022-logo-01-scaled

Belanjawan 2022: Parlimen dipinggirkan, Perdana Menteri terus berkuasa

Disediakan oleh Fakhrurrazi Rashid

Klik di sini untuk muat turun PDF.

Belanjawan 2022 masih lagi memberi peruntukan kecil kepada institusi parlimen yang dilihat kian penting selepas krisis politik dan temetrinya perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, belanjawan kali ini masih memberi peruntukan besar kepada Jabatan Perdana Menteri yang memperkukhkan dominasi kuasa Perdana Menteri dalam pentadbiran negara.

Rumusan:

  1. Institusi parlimen masih mendapat peruntukan kecil atau rendah dalam Belanjawan 2022. Namun, peruntukan Jabatan Perdana Menteri terus bertambah dalam belanjawan kali ini, menyaksikan Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak membelanjakan dana yang cukup besar mengikut budi bicaranya.
  2. Peruntukan parlimen meningkat kepada RM 148.3 juta dalam Belanjawan 2022 berbanding RM 145.3 juta pada tahun 2021. Namun, peruntukan ini kecil kerana penambahan dana dianggarkan hanya RM 3.02 juta atau 2.04 peratus, iaitu lebih rendah berbanding jumlah peningkatan dana parlimen dalam Belanjawan 2019, iaitu sebanyak RM 12.3 juta atau 8.95 peratus.
  3. Dana Jabatan Perdana Menteri (JPM) meningkat kepada RM 12.2 bilion dibawah Belanjawan 2022 berbanding RM 11.7 bilion pada tahun 2021. Ini bermaksud, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
  4. “Dana Khas” dalam peruntukan pembangunan JPM, yang memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk membelanjakannya, dianggarkan berjumlah RM 2.14 bilion berbanding 2.19 bilion pada tahun 2021. Namun jumlah dana khas dalam Belanjawan 2022 ini tiga kali ganda lebih besar berbanding tahun 2019, iaitu sebanyak RM 720.3 juta.
  5. Ahli parlimen perlu meneliti dan menyemak peruntukan parlimen dan JPM untuk memastikan setiap anggaran munasabah. Dana khas Perdana Menteri perlu dikurangkan agar ia boleh diberikan bagi mengukuhkan institusi parlimen dan menambah dana pembangunan kepada kementerian lain.

 

Klik di sini untuk muat turun PDF.

Klik di sini untuk kenyataan media REFSA tentang Bajet 2022.

Your Cart
SUPPORT US