41627656881_DewanRakyatsidang

Usul undi percaya penting untuk elak keraguan – REFSA

Pembentangan usul undi percaya perlu dilaksanakan di Parlimen sebaik sahaja Perdana Menteri baharu dilantik bagi mengelakkan timbulnya isu keraguan.

Koordinator Penyelidikan Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, ada pihak berpendapat khususnya dalam kalangan penganalisis politik bahawa surat akuan bersumpah (SD) lebih ke arah mencetuskan spekulasi.

“Maka apabila Perdana Menteri baharu dilantik, penting untuk kerajaan adakan usul undi percaya di Parlimen agar rakyat sendiri menyaksikan proses yang dibawa kerajaan baharu ini lebih terbuka dan telus,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, adalah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri untuk turut memilih barisan Ahli Jemaah Menteri yang mempunyai integriti dan memahami soal demokrasi.

Meskipun realiti pembentukan kerajaan baharu adalah berdasarkan gabungan politik namun aspek berkenaan perlu diberi tumpuan agar ia dapat dibuktikan kepada rakyat.

“Apa yang diharapkan untuk tempoh dua tahun atau sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lantikan barisan Menteri perlu ada calon yang mempunyai integriti untuk laksanakan dasar dengan baik dan memperoleh kepercayaan rakyat.

“Ini penting supaya rakyat sendiri dapat melihat negara benar-benar berfungsi berlandaskan institusi demokrasi dan ini yang perlu diambil kira calon Perdana Menteri baharu,” katanya lagi.

-Published in Astro AWANI on 20 August 2021.

Your Cart
SUPPORT US