INSTITUTIONAL REFORM
TOPICS

MAY 20, 2020

Reformasi Parlimen: Tinjauan Tiga Tahun Penubuhan Kamar Khas di Parlimen Malaysia

 

Ringkasan Eksekutif

a. Kamar Khas telah memperkukuhkan fungsi parlimen sebagai institusi untuk perbahasan dan membuat keputusan mengenai isu-isu rakyat dan negara sejak ia ditubuhkan pada tahun 2016. Institusi ini akan masuk tahun keempat dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

b. Namun, fungsi Kamar Khas amat terhad jika dibandingkan dengan Federation Chamber di Australia yang memberi peruntukan kuasa kepada ahli parlimen membawa usul, berucap dan membahaskan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee)

c. Hampir tiga tahun, dari tahun 2016 hingga 2019, penyertaan ahli parlimen dalam Kamar Khas kian meningkat, khususnya selepas pertukaran kerajaan Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018. Limitasi Kamar Khas seperti yang ditetapkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat perlu dikaji semula agar Kamar Khas terus menjadi badan membahaskan isu kepentingan rakyat.

d. Cadangan penambahbaikan fungsi Kamar Khas seperti menambah perbahasan usul, membenarkan perbahasan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas dan memanjangkan waktu bersidang. 

Muat turun PDF di sini untuk membaca laporan penuh.

Your Cart
SUPPORT US