INSTITUTIONAL REFORM
TOPICS

SEPT, 2015

Reformasi Parliamen Malaysia: Adakah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Demokratik?


Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen berpandukan kepada konsep Westminster. Namun begitu, unsur-unsur demokrasi dalam Parlimen semakin terhakis di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), dimana Parlimen telah hilang peranan menyelia kuasa eksekutif dan undur sebagai mesin melulus rang undang-undang sahaja.

Kejayaan pihak pembangkang meningkatkan jumlah kerusi di Dewan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13 telah memperkukuhkan tuntutan mereformasikan parlimen. Namun, usaha reformasi parlimen Malaysia masih tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat sambutan positif daripada parti pemerintah. Kerajaan terus menggunakan kuasa mereka di parlimen bagi mentadbir negara tanpa penyeliaan serta penglibatan ahli parlimen dalam isu negara adalah lemah. Kekurangan ini dapat dilihat dengan kelemahan yang terdapat dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menjadikan Parlimen sebagai Rubber Stamp.

Peraturan Mesyuarat merupakan panduan penting dalam mengendalikan perbahasan, proses meluluskan undang-undang, pertanyaan dan hak ahli majlis mesyuarat. Penentuan dan tindak-tanduk sesebuah parlimen juga berpaut pada isi kandungan peraturan mesyuarat. Walau bagaimanapun, mempunyai peraturan mesyuarat tidak memadai untuk mengukur sesuatu kesempurnaan parlimen yang demokratik, tetapi isi kandungannya memainkan faktor penting untuk mempraktikkan kuasa bagi menyemak dan mengimbangi pihak kerajaan. Oleh itu, isi kandungan peraturan mesyuarat mengawal setiap perjalanan parlimen. Sekiranya peraturan tersebut lemah, maka fungsi parlimen itu sendiri tidak berfungsi secara demokratik.

Kerajaan telah berjaya mengawal fungsi dan perjalanan Dewan Rakyat dengan mengubah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dari masa ke semasa. Namun, reformasi parlimen di Malaysia masih kurang membincangkan peraturan mesyuarat yang merupakan manual penting dalam menentukan proses dan perjalanan parlimen. Oleh itu, usaha dalam meneliti dan meminda Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat penting dalam merealisasikan agenda reformasi parlimen secara komprehensif.

Oleh demikian, REFSA telah mengkaji unsur-unsur demokrasi dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan membanding dengan Dewan Undangan negara Commonwealth. Hasil kajian menunjukkan Peraturan Mesyuarat memang ada kelemahan-kelemahan yang perlu dirombakkan.
 
Kertas penuh kajian boleh dimuat turun di sini.
Your Cart
SUPPORT US