By Fakhrurrazi Rashid
Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyatakan mereka tidak dapat memuktamadkan jika isu saham yang terpalit dengan bos Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melanggar Seksyen 25 (4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 atau SICDA.
Hasil siasatan itu kelihatan agak terburu-buru kerana ia dibuat sehari sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bermesyuarat untuk mendengar penjelasan daripada Azam Baki pada 19 Jan.
Persoalannya, adakah hasil siasatan SC menjadi satu hujah untuk menghalang PSC bermesyuarat? Apakah Azam tidak perlu hadir ke mesyuarat PSC selepas kenyataan SC dikeluarkan?
Mesyuarat itu sudahpun ditangguhkan kerana bantahan daripada Azam atas beberapa sebab. Pertama, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Jawatankuasa Aduan SPRM sedang menyiasat kesnya. Kedua, Parlimen perlu mengemukakan usul persendirian untuk menyisata isu berkenaan.
Tindakan Azam secara langsung merendahkan peranan institusi parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Ia sekali gus menunjukkan kerapuhan parlimen dalam mengatasi isu integriti yang melanda negara.
Adakah salah sekiranya SC melaksanakan siasatan? Tentunya tidak. Tetapi, siasatan SC tidak seharusnya menjadikan mesyuarat PSC dipandang remeh sama sekali.
SC merupakan sebuah badan yang di bawah pengawasan badan eksekutif iaitu Menteri Kewangan. SPRM pula dipantau oleh perdana menteri sendiri. Jadi, bagaimana sebuah institusi di bawah kawalan badan eksekutif yang sama boleh menjalankan siasatan secara telus dan terbuka?
Tiada usul persendirian
Sebab itu, fungsi PSC penting dalam meneliti isu integriti SPRM agar keputusan tersebut benar-benar telus, dan dibuat tanpa campur tangan badan eksekutif.
Dalam isu ini, PSC juga boleh memanggil Jawatankuasa SC bagi membentangkan dapatan mereka berkenaan isu saham ini, bukan sekadar ketua pesuruhjaya SPRM saja.
Maka pendirian Azam semasa membantah mesyuarat PSC tidak berpatutan dan telah menghalang fungsi parlimen sebagai badan semak dan imbang tertinggi negara.
Pendirian Azam yang menyatakan parlimen perlu mengemukakan usul persendirian untuk menyiasat isu itu juga tidak tepat. Pada 2019, PSC Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam (Jupa) telah memanggil Latheefa Koya atas isu konflik kepentingan yang ditimbulkan oleh rakyat dan pembangkang selepas dia dilantik sebagai bos SPRM.
Ketika itu, tiada sebarang usul persendirian dikemukakan di parlimen untuk menyiasat Latheefa. Namun, atas kerjasama Latheefa sendiri, maka PSC Jupa dapat menjalankan tugas mereka menyiasat konflik berkepentingan tersebut.
Kes ini sepatutnya menjadi duluan buat Azam memberikan kerjasama kepada PSC. Justeru mengapa dia keberatan berhadapan dengan PSC?
Kenyataan media daripada SC tidak cukup untuk menyatakan masalah integriti SPRM sudah diselesaikan. Mereka sepatutnya mendedahkan laporan siasatan kepada orang awam supaya maklumat tersebut benar-benar tepat dan berfakta.
Kenyataan Azam yang bersyukur dengan penjelasan SC kelmarin menimbulkan pelbagai spekulasi tentang kewibawaan hasil siasatan tersebut.
Walau apa pun yang berlaku, PSC terbabit dan parlimen tidak boleh diam dan hanya mengikut telunjuk eksekutif dalam isu ini.
Rakyat kini lebih bijak
PSC yang dipengerusikan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman perlu meneruskan mesyuarat agar kes Azam dapat disiasat secara telus mengikut lunas undang-undang, serta tanpa campur tangan pemimpin tertinggi kerajaan.
Laporan PSC perlu disertakan dengan syor-syor kepada perdana menteri untuk mengambil tindakan selanjutnya. Jika perdana menteri enggan menerima syor tersebut, maka dia perlu mengemukakan alasannya di Parlimen dan di hadapan rakyat.
Kita bukan berada pada zaman pentadbiran takuk lama apabila pihak berkuasa boleh menyembunyikan isu-isu integriti, rasuah, dan ketirisan di sebalik tirai kuasa. Rakyat kini lebih bijak menilai baik buruk kerajaan dengan ruang maklumat yang lebih terbuka.
Kesedaran inilah yang menyebabkan rakyat mahukan isu integriti ini diselesaikan secara telus, terbuka, dan berkesan melalui jalan demokrasi seperti institusi parlimen.
Jika parlimen gagal membawa aspirasi rakyat untuk menyelesaikan isu integriti ini, di mana lagi mereka mahu meletakkan keyakinan terhadap institusi negara?
Keengganan Azam berhadapan dengan PSC telah membuktikan betapa seriusnya sistem PSC dalam menyiasat sesuatu perkara berkaitan dasar mahupun tadbir urus negara.
Faktanya, sistem PSC terbukti menguatkan keberkesanan peranan parlimen sebagai institusi semak dan imbang negara. Dan, ia membuktikan zaman parlimen sebagai hanya pentas sandiwara politik, dengan ucapan kosong dan benci-membenci, sudah berakhir serta tidak relevan.
Jika PSC konsisten dengan komitmen untuk menyiasat isu saham Azam secara telus dan terbuka, maka ia membuktikan sistem demokrasi berparlimen negara benar-benar berfungsi untuk menyelamatkan integriti SPRM.
Sekiranya isu ini gagal disasiat oleh PSC atas sebab kesimpulan yang dibuat oleh SC, maka ia menjadi petanda bahawa institusi parlimen masih menjadi alat penguasa dan mudah dipermainkan atas kepentingan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Persoalannya, apakah PSC bermesyuarat dan berani memanggil Azam dan SC dalam isu ini?
-Published in Malaysiakini on 20 January 2022.
Parlimen tak boleh berdiam diri isu bos SPRM

RESEARCH
PILLARS
RESEARCH
CATEGORIES