By Fakhrurrazi Rashid
Tinggal beberapa hari lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkaitan Antilompat Parti (ALP) akan dibahaskan di Dewan Rakyat. Berita ini menggembirakan rakyat yang sudah muak dengan penyakit lompat parti sebahagian besar ahli politik lebih sedekad yang lalu.
Pelaksanaan RUU ALP ini membuktikan Perjanjian Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan persekutuan pimpinan Ismail Sabri Yaakob benar-benar mengangkat aspirasi rakyat.
Bukan mudah untuk politik Malaysia berada pada tahap ini. Namun, ada sesetengah pihak mendakwa RUU ALP ini harus dilupakan kerajaan Ismail Sabri selepas Barisan Nasional menang besar dalam kedua-dua pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor.
Mereka mendakwa rakyat tidak mempedulikan isu ini lagi. Ada pula pihak yang lebih keras, mendesak Ismail Sabri membatalkan MoU, membubarkan parlimen, dan melaksanakan pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Dapat sokongan rakyat
Hujah-hujah ini tidak berasas sama sekali. Pertama, BN sendiri berjanji dengan rakyat untuk melaksanakan enakmen ALP dengan segera jika mereka mentadbir kerajaan Johor dan Melaka. Jika RUU ALP ini tidak diluluskan Dewan Rakyat, bukankah BN juga mungkir janji kepada rakyat?
Kedua, satu tinjauan Nadi Melayu Muslim 2021 yang dijalankan oleh Invoke dengan kerjasama Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC) mendapati lebih 70 peratus orang Melayu tidak kira wilayah dan kelas ekonomi dalam kajian ini menyokong undang-undang anti lompat parti.
Dan, kajian ini turut menyatakan lebih 70 peratus responden Melayu menyokong idea pilihan raya untuk memecat wakil rakyat (recall election). Maksudnya, pengundi boleh menarik semula mandat wakil rakyat yang melompat parti dan pilihan raya kecil (PRK) diadakan untuk memilih wakil rakyat baharu.
Rakyat ternyata amat positif tentang pelaksanaan RUU ALP. Tidak wajar sekiranya mana-mana pihak memandang remeh usaha menghentikan perbuatan melompat parti dalam kalangan wakil rakyat.
Undang-undang tidak demokratik?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah memberi “bayangan” kerangka RUU dan definisi ALP yang bakal dibentangkan kerajaan. Pertama, wakil rakyat yang menang pilihan raya tetapi keluar parti atau menjadi bebas selepas itu dikira sebagai lompat parti.
Kedua, wakil rakyat yang dipecat parti atas sebab melanggar disiplin parti jatuh pada definisi lompat parti. Ketiga, wakil rakyat yang menang pilihan raya atas tiket bebas kemudian menyertai parti politik, juga dikira melompat parti.
Ini perspektif kerajaan persekutuan. Setakat in, PH memberi jaminan untuk menyokong RUU ini pada 11 April nanti.
RUU ALP ini berkait dengan pindaan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan wakil rakyat bertanding semula dalam pilihan raya jika melepaskan kerusinya. Bermaksud, pelaksanaan RUU ALP ini membolehkan wakil rakyat meletakkan jawatan dan bertanding semula dalam PRK bagi mempertahankan mandatnya.
Ada beberapa pihak berpandangan RUU ALP ini tidak demokratik dan memberi kuasa besar kepada parti politik berbanding pengundi kawasan. Ini kerana wakil rakyat perlu patuh dan terikat dengan pendirian parti berbanding rakyat kawasan dalam membuat keputusan.
Sejauh manakah perkara ini benar?
Parti politik atau wakil rakyat?
Dakwaan tersebut dilihat agak lemah. Pertama, kebanyakan wakil rakyat bertanding di dalam pilihan raya atas tiket parti politik. Segala perbelanjaan dan gerak kerja dilaksanakan jentera parti untuk berkempen dalam pilihan raya.
Jadi, wajar sekiranya parti mempunyai kuasa ke atas wakil rakyat kerana jentera parti telah melabur dan membantunya untuk menang pilihan raya.
Sistem ini diamalkan di negara demokrasi seperti Jerman, Belgium, dan New Zealand yang memberi keutamaan kepada parti politik berbanding individu itu sendiri.
Kedua, Malaysia harus beralih daripada politik memuja sosok berbanding parti politik. Ini selari dengan sistem politik Malaysia yang kini beralih kepada sistem pelbagai parti (multi-party system). Sekurang-kurangnya, parti politik mempunyai disiplin dan dasar yang diketahui umum berbanding ahli politik secara individu yang cenderung kepada kepentingan peribadi.
Bagaimanapun, wakil rakyat seharusnya diberi jaminan untuk membuat keputusan di parlimen atas kepentingan prinsip dan dasar. Parti politik tidak sepatutnya mendakwa seseorang wakil rakyat lompat parti kerana tidak mengikut pendirian parti (crossing the floor) terhadap sesuatu usul atau dasar di parlimen.
Membentuk sistem politik berdaya tahan
Situasi tersebut hanyalah perbezaan pendapat yang sering terjadi dalam parlimen. Tetapi, wakil rakyat yang mengambil pendirian melangkaui partinya perlu bertanggungjawab dan sedar akan impaknya kemudian. Sekiranya wakil rakyat dipecat juga, mereka boleh mencabar parti politik di dalam PRK untuk mempertahankan kerusinya.
RUU ALP ini sudah memenuhi keperluan asas dalam menghalang wakil rakyat melompat parti. Ia diharapkan dapat membentuk sistem politik negara yang berdaya tahan untuk menepis sebarang agenda memperlekehkan suara rakyat.
Sekiranya ahli parlimen merasakan RUU ALP ini mempunyai banyak kelemahan yang perlu dibaiki, berikanlah kuasa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk mengkajinya secara dwipartisan.
Tidak ada nilainya jika parlimen meluluskan RUU ALP yang lemah kerana ia akan memberi kesan kepada kemandulan demokrasi negara pada masa akan datang.
Kemenangan rakyat
Tetapi, kerajaan Ismail Sabri perlu memberi penjelasan dalam beberapa perkara. Pertama, mengapa kaedah “recall election” tiada dalam RUU ini?.
Jika “recall election” termasuk sekali dalam RUU tersebut, tentunya ia dapat memperkasakan kuasa pengundi membuat keputusan.
Kedua, adakah RUU ini akan diwartakan sebelum atau selepas PRU15 ?
Jika RUU ALP diluluskan parlimen, ini adalah kemenangan buat rakyat yang selama ini bersungguh-sungguh melawan perbuatan khianat wakil rakyat melompat parti.
Dari sudut yang berbeza, kerajaan negeri juga boleh membawa undang-undang anti lompat parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya pindaan perlembagaan berjaya diluluskan pada 11 April nanti.
Sebaliknya, politik Malaysia akan terus berkecamuk dan dikuasai oleh sekerat pemimpin gilakan kuasa jika RUU pindaan perlembagaan berkait anti lompat parti ini gagal disepakati ahli parlimen kerajaan dan pembangkang atas semangat dwipartisan.
Persoalannya, apakah ini agenda terakhir pelaksanaan MoU antara PH dan kerajaan Persekutuan sebelum PRU15 diadakan tidak lama lagi?
-Published in The Malaysian Insight on 6 April 2022.
Mengakhiri Penyakit Lompat Parti

RESEARCH
PILLARS
RESEARCH
CATEGORIES