By Fakhrurrazi Rashid
PADA 3 November, Dewan Rakyat mengesahkan pelantikan anggota baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Speaker Dewan Rakyat mengumumkan 12 ahli Parlimen sebagai anggota baharu PAC dan empat daripadanya daripada blok pembangkang. Pengumuman ini dilihat langkah positif setelah fungsi PAC dilihat suram selepas berlakunya peralihan kuasa kepada Perikatan Nasional (PN) pada 9 Mac, 2020.
PAC merupakan jawatankuasa penting di Parlimen yang diberi tugas untuk menyemak ketelusan perbelanjaan kewangan bagi setiap kementerian dan agensi dibawah kerajaan.
Secara umumnya, anggota PAC mewakili aspirasi dan harapan rakyat untuk melihat kerajaan membelanjakan wang mereka dengan telus tanpa berlaku ketirisan ataupun rasuah.
Selepas perubahan kerajaan pada 9 Mei, 2018, ada iltizam politik untuk melantik ahli parlimen pembangkang menjadi pengerusi PAC, menggantikan tradisi kerajaan Barisan Nasional yang melantik ahli Parlimen kerajaan sebagai pengerusi PAC.
Pembaharuan ini dilakukan bagi memastikan PAC dapat berfungsi secara bebas ketika melakukan siasatan terhadap perbelanjaan kerajaan. Paling penting, PAC perlu mengelak campur tangan jemaah menteri daripada urusan mereka.
Risiko berlaku konflik berkepentingan
Hari ini, Dewan Rakyat masih mengekalkan amalan melantik ahli Parlimen pembangkang mengetuai PAC. Ahli Parlimen Ipoh Timur (DAP) Wong Kah Wong dilantik menjadi pengerusi PAC bagi menggantikan Noraini Ahmad yang dilantik menjadi menteri pengajian tinggi dam kerajaan PN.
Namun, timbul beberapa persoalan tentang kebebasan anggota baharu PAC daripada kerajaan PN apabila tujuh daripada sembilan ahli Parlimen PN memegang jawatan dalam agensi atau badan berkanun kerajaan persekutuan. Perkara ini akan mewujudkan risiko konflik berkepentingan dalam PAC yang sepatutnya bebas dalam membuat siasatan.
Timbalan Pengerusi PAC Azizah Mohd Dun kini pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berkuatkuasa pada 1 Mei, 2020.
Selain itu ialah:
- Ahli Parlimen Sipitang (Bersatu) Yamani Hafez Musa – pengerusi Felcra Berhad
- Ahli Parlimen Tanjung Karang (BN) Noh Omar – pengerusi PUNB
- Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias (BN) – pengerusi UDA
- Ahli Parlimen Sibuti (GPS) Lukanisman Awang Suani – pengerusi SEDA
- Ahli Parlimen Pasir Mas (PAS) Ahmad Fadhli Shaari – pengerusi Lembaga Pengarah PTPK
- Ahli Parlimen Sik (PAS) Ahmad Tarmizi Sulaiman – pengerusi MADA
Ini bermaksud hampir separuh daripada anggota PAC pada hari ini memegang jawatan dalam agensi dan badan berkanun dibawah kementerian.
Situasi ini akan menimbulkan keraguan orang ramai sekiranya wujud mengenai konflik berpekepentingan dalam PAC yang bertanggungjawab menyemak perbelanjaan kementerian dan agensi dibawah kerajaan.
Persoalannya, sejauh manakah semakan PAC dijamin bebas dan telus sekiranya terdapat pengerusi agensi kerajaan turut menjadi anggota PAC?
Sekiranya PAC sedang menyiasat isu perbelanjaan MARA, adakah Timbalan Pengerusi PAC Azizah Mohd Dun akan terkecuali dalam siasatan dijalankan?
Perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara dan rakyat mahukan Parlimen berfungsi untuk memastikan kerajaan hari ini telus dan berintegriti.
Mengkaji semula keanggotaan PAC
Pada sisi lain, ia menunjukkan kelemahan Parlimen dalam proses meneliti dan membuat semakan terhadap seseorang ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi anggota PAC.
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat (PMDR) 77 (4) hanya melarang ahli Parlimen bergelar menteri untuk menjadi anggota PAC dan tidak menerangkan secara spesifik mengenai amalan terbaik dalam memastikan keanggotaan PAC bebas daripada jawatan dalam badan berkanun atau agensi kerajaan.
Disebabkan kelonggaran ini, maka pelantikan anggota PAC yang baharu masih lagi sah, tetapi ia tentunya bercanggah dengan aspirasi rakyat dan negara yang mahu melihat parlimen berfungsi secara bebas dan berkesan bagi menyemak akauntibiliti perbelanjaan kerajaan, tanpa ada campur tangan eksekutif dan konflik berkepntingan.
Sekiranya amalan tidak dihentikan dan PMDR tidak dipinda untuk membuat penelitian tentang kelayakan seorang anggota PAC, maka jawatankuasa ini masih terdedah dengan isu integriti dan kebebasan dan berpotensi menjadi “alat politik” untuk menutup salah laku kerajaan.
Demi menjaga kedaulatan Parlimen dan kebebasan PAC, adalah lebih baik Jawatankuasa Pemilih membuat ketetapan dan semakan semula dalam proses melantik anggota PAC.
Begitu penting untuk parlimen membuat pindaan kepada PMDR, memasukkan peraturan atau garis panduan mengenai kelayakan anggota PAC yang perlu bebas daripada menyandang apa-apa jawatan berkaitan sesebuah kementerian.
Buat masa ini, adalah lebih baik sekiranya anggota PAC yang memegang jawatan dalam agensi/badan berkanun meletakkan jawatan mereka dalam organisasi tersebut sekiranya berhasrat untuk menjalankan tugasnya dalam PAC secara bebas.
Jika tidak, meletakkan jawatan sebagai anggota PAC adalah solusi terbaik bagi menunjukkan mereka bebas dan peduli akan integriti PAC.
– Published in The Malaysian Insight on 4 November 2020.
Lantikan baharu anggota PAC ada konflik berkepentingan?
By Fakhrurrazi Rashid
PADA 3 November, Dewan Rakyat mengesahkan pelantikan anggota baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Speaker Dewan Rakyat mengumumkan 12 ahli Parlimen sebagai anggota baharu PAC dan empat daripadanya daripada blok pembangkang. Pengumuman ini dilihat langkah positif setelah fungsi PAC dilihat suram selepas berlakunya peralihan kuasa kepada Perikatan Nasional (PN) pada 9 Mac, 2020.
PAC merupakan jawatankuasa penting di Parlimen yang diberi tugas untuk menyemak ketelusan perbelanjaan kewangan bagi setiap kementerian dan agensi dibawah kerajaan.
Secara umumnya, anggota PAC mewakili aspirasi dan harapan rakyat untuk melihat kerajaan membelanjakan wang mereka dengan telus tanpa berlaku ketirisan ataupun rasuah.
Selepas perubahan kerajaan pada 9 Mei, 2018, ada iltizam politik untuk melantik ahli parlimen pembangkang menjadi pengerusi PAC, menggantikan tradisi kerajaan Barisan Nasional yang melantik ahli Parlimen kerajaan sebagai pengerusi PAC.
Pembaharuan ini dilakukan bagi memastikan PAC dapat berfungsi secara bebas ketika melakukan siasatan terhadap perbelanjaan kerajaan. Paling penting, PAC perlu mengelak campur tangan jemaah menteri daripada urusan mereka.
Risiko berlaku konflik berkepentingan
Hari ini, Dewan Rakyat masih mengekalkan amalan melantik ahli Parlimen pembangkang mengetuai PAC. Ahli Parlimen Ipoh Timur (DAP) Wong Kah Wong dilantik menjadi pengerusi PAC bagi menggantikan Noraini Ahmad yang dilantik menjadi menteri pengajian tinggi dam kerajaan PN.
Namun, timbul beberapa persoalan tentang kebebasan anggota baharu PAC daripada kerajaan PN apabila tujuh daripada sembilan ahli Parlimen PN memegang jawatan dalam agensi atau badan berkanun kerajaan persekutuan. Perkara ini akan mewujudkan risiko konflik berkepentingan dalam PAC yang sepatutnya bebas dalam membuat siasatan.
Timbalan Pengerusi PAC Azizah Mohd Dun kini pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berkuatkuasa pada 1 Mei, 2020.
Selain itu ialah:
Ini bermaksud hampir separuh daripada anggota PAC pada hari ini memegang jawatan dalam agensi dan badan berkanun dibawah kementerian.
Situasi ini akan menimbulkan keraguan orang ramai sekiranya wujud mengenai konflik berpekepentingan dalam PAC yang bertanggungjawab menyemak perbelanjaan kementerian dan agensi dibawah kerajaan.
Persoalannya, sejauh manakah semakan PAC dijamin bebas dan telus sekiranya terdapat pengerusi agensi kerajaan turut menjadi anggota PAC?
Sekiranya PAC sedang menyiasat isu perbelanjaan MARA, adakah Timbalan Pengerusi PAC Azizah Mohd Dun akan terkecuali dalam siasatan dijalankan?
Perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara dan rakyat mahukan Parlimen berfungsi untuk memastikan kerajaan hari ini telus dan berintegriti.
Mengkaji semula keanggotaan PAC
Pada sisi lain, ia menunjukkan kelemahan Parlimen dalam proses meneliti dan membuat semakan terhadap seseorang ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi anggota PAC.
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat (PMDR) 77 (4) hanya melarang ahli Parlimen bergelar menteri untuk menjadi anggota PAC dan tidak menerangkan secara spesifik mengenai amalan terbaik dalam memastikan keanggotaan PAC bebas daripada jawatan dalam badan berkanun atau agensi kerajaan.
Disebabkan kelonggaran ini, maka pelantikan anggota PAC yang baharu masih lagi sah, tetapi ia tentunya bercanggah dengan aspirasi rakyat dan negara yang mahu melihat parlimen berfungsi secara bebas dan berkesan bagi menyemak akauntibiliti perbelanjaan kerajaan, tanpa ada campur tangan eksekutif dan konflik berkepntingan.
Sekiranya amalan tidak dihentikan dan PMDR tidak dipinda untuk membuat penelitian tentang kelayakan seorang anggota PAC, maka jawatankuasa ini masih terdedah dengan isu integriti dan kebebasan dan berpotensi menjadi “alat politik” untuk menutup salah laku kerajaan.
Demi menjaga kedaulatan Parlimen dan kebebasan PAC, adalah lebih baik Jawatankuasa Pemilih membuat ketetapan dan semakan semula dalam proses melantik anggota PAC.
Begitu penting untuk parlimen membuat pindaan kepada PMDR, memasukkan peraturan atau garis panduan mengenai kelayakan anggota PAC yang perlu bebas daripada menyandang apa-apa jawatan berkaitan sesebuah kementerian.
Buat masa ini, adalah lebih baik sekiranya anggota PAC yang memegang jawatan dalam agensi/badan berkanun meletakkan jawatan mereka dalam organisasi tersebut sekiranya berhasrat untuk menjalankan tugasnya dalam PAC secara bebas.
Jika tidak, meletakkan jawatan sebagai anggota PAC adalah solusi terbaik bagi menunjukkan mereka bebas dan peduli akan integriti PAC.
– Published in The Malaysian Insight on 4 November 2020.
RESEARCH
PILLARS
RESEARCH
CATEGORIES