Dianjurkan oleh Galen Centre for Health and Social Policy dan REFSA
TARIKH: 3 MAC 2021, SELASA
MASA: 8:30pm – 9:30pm
RANGKUMAN
Selepas satu tahun memerangi pandemik COVID-19, vaksin bagi penyakit ini kini sudah tiba di Malaysia. Walaupun kajiselidik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 2/3 daripada responden sedia mengambil vaksin yang diberikan, masih ramai yang ragu, atau menolak suntikan sama sekali.
Adakah vaksin-vaksin ini selamat? Siapa perlu atau tidak perlu mengambilnya? Apakah peranan vaksinasi dalam mencapai imuniti kelompok dan memperlahankan penyebaran wabak COVID-19?
Sertailah forum ini untuk mendapat jawapan bagi soalan-soalan anda, bagi menentukan sendiri isu vaksin COVID-19.
Acara ini dianjurkan bersama oleh Galen Centre for Health & Social Policy dan REFSA (Research for Social Advancement)
AHLI PANEL
- Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Pahang
- Dr. Imelda Balchin, Pakar Obstetrik, Hospital Pakar KPJ Damansara
- En Amrahi Buang, Presiden, Persatuan Ahli Farmasi Malaysia
Moderator: Azrul Mohd Khalib, Galen Centre for Health & Social Policy
Kata-kata aluan: Iskandar Fareez, REFSA