Budget 2021 Logo

Belanjawan 2021: Mengembalikan Dana and Kuasa Besar Kepada Perdana Menteri

Disediakan oleh Fakhrurrazi Rashid

Belanjawan 2021 telah memberi dana besar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ia telah mengembalikan kuasa besar kepada Perdana Menteri, seperti pentadbiran BN.

Rumusan

1) Peruntukan pembangunan bagi JPM di bawah Belanjawan 2021 didapati meningkat kepada RM 7.2 berbanding peruntukan pembangunan JPM dalam Belanjawan 2020 iaitu RM 3.85 bilion.

2) Dana pembangunan JPM perlu dikurangkan dan diberikan kepada kementerian yang dipotong peruntukan pembangunan seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjana ekonomi dan peluang pekerjaan.

3) Peruntukan parlimen hanya menerima peningkatan sebanyak RM 163,000 atau 0.1 peratus dalam Belanjawan 2021. Ini memperlihatkan pengukuhan kuasa Perdana Menteri berbanding mempertahankan institusi demokrasi.

4) Dana JPM dalam butiran “Projek Khas” sebanyak RM 1 bilion dan “Program Pembangunan” yang telah dinaikkan empat kali ganda, iaitu hampir RM 500 juta pada Belanjawan 2021 berbanding RM 159.7 juta pada tahun 2020 perlu disemak semula oleh parlimen.

 

Klik di sini untuk muat turun PDF.

Your Cart
SUPPORT US