cityscape_kuala_lumpur__full

Belanja lebih untuk pulih lebih pantas, kata panel forum Belanjawan 2021

By The Malaysian Insight

BELANJAWAN 2021 sepatutnya mempunyai defisit belanjawan lebih tinggi untuk pemulihan ekonomi lebih pantas, kata seorang pakar ekonomi.

“Ini lah masanya untuk meminjam kerana kadar akan lebih berdaya saing dan berada pada tahap terendah,” kata Penasihat Ekonomi Research for Social Advancement (Refsa) Frederik Paulus pada satu forum dalam talian berkaitan Belanjawan 2021, hari ini.

Katanya, tindakan itu tidak akan memberi keburukan kerana banyak negara dijangka melakukan perkara sama bagi merangsang kembali ekonomi yang terjejas kerana pandemik Covid-19.

“Tambahan pula, kos pinjaman untuk Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) adalah antara yang terendah.”

Tambah Paulus lagi, ekonomi Malaysia masih memerlukan sokongan kerana kadar pengangguran kekal tinggi pada kadar 4.7% setakat Ogos 2020.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Dr Ong Kian Ming pla berkata tidak seperti sebelum ini, pembangkang tidak akan banyak membantah sekiranya kerajaan meletakkan defisit pada kadar 8% hingga 10% kerana situasi semasa kini.

Katanya, pembangkang pada mesyuarat bersama Kementerian Kewangan berkata, kerajaan perlu menawarkan lebih banyak sokongan kepada rakyat Malaysia yang hilang kerja atau pendapatan terjejas kerana pandemik yang berlaku sekarang.

Pada 2019, defisit belanjawan Malaysia adalah 3.2% dengan purata sekitar 3% hingga 3.5% sejak 10 tahun lepas.

Pada 2020 pula, defisit belanjawan adalah 5.4% sebelum turun kepada 4.8% untuk tahun depan dan 4.5% pada 2012.

For English version, click here.

– Published in The Malaysian Insight on 4 November 2020