By Fakhrurrazi Rashid
Akhirnya Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dibentangkan di Parlimen setelah lebih setahun ditangguhkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mula merangka RMK12 pada 2019. Tetapi, pertukaran kerajaan PN pada Mac 2020 menyebabkan RMK12 diubah semula dengan mengambil kira krisis Covid-19 dan ekonomi negara.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melihat RMK12 akan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dan bakal mengembalikan kualiti hidup rakyat pada 2025.
Bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan memperuntukan RM400 bilion bagi membiayai projek sambungan atau baharu dalam RMK12.
Beberapa pakar ekonomi melihat unjuran ekonomi RMK12 tidak realistik dan agak terburu-buru bagi membina semula kesejahteraan rakyat daripada pandemik Covid-19.
Namun, RMK12 dilihat telah ‘meminggirkan’ perancangan transformasi menyeluruh bagi memperkukuh ketelusan dan integriti sistem pentadbiran dan demokrasi negara yang kian kritikal hari ini.
Walaupun kerajaan persekutuan dan PH telah memertai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September, yang menjadikan reformasi institusi sebagai agenda utama, namun perkara ini tidak ditekankan dalam RMK12 secara menyeluruh.
Komitmen RMK12 meneruskan inisiatif Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Namun, pelaksanaan NACP ini agak perlahan dan hanya berjaya dilaksanakan sekitar 40% setakat Mei 2020.
Berbaki kurang daripada dua tahun, sejauh manakah kerajaan Ismail Sabri mampu melaksanakan pelan yang terkandung dalam NACP?
RMK12 bayangan kelemahan Muhyiddin
RMK12 tidak meneruskan beberapa agenda reformasi yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal RMK11 seperti usaha menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) satu badan bebas daripada campur tangan politik Perdana Menteri, memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, dan memperkenalkan Akta Pembiayaan Politik.
Sedangkan, agenda ini penting untuk meningkatkan integriti dan demokrasi negara, khususnya dalam isu membanteras jenayah rasuah.
Isu ketirisan ini telah didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang mendakwa terdapat unsur rasuah dalam insiden lompat parti semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin, termasuk campur tangan politik dalam pelantikan pegawai kanan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Namun, SPRM tidak proaktif dalam mengatasi isu ini dan ia seolah-oleh memperlihatkan badan itu hanya mengikut telunjuk eksekutif.
Akibat kelemahan ini, rakyat melihat perlunya reformasi SPRM supaya menjadi badan bebas di bawah kawal selia parlimen.
Pada 2 September 2020, Jawatankuasa Khas Kabinet dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin bersetuju meminda Seksyen 5 (1) Akta SPRM 2009 bagi memberi kuasa kepada parlimen melantik Ketua Pengarah SPRM.
Meskipun langkah ini dapat memastikan SPRM sebagai badan bebas, tiada sebarang kemajuan dilaporkan setelah setahun dicadangkan.
Ironinya, RMK12 tidak memfokuskan isu memperkasa SPRM, tetapi mengambil pendirian untuk memperkasa undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Pencegahan Jenayah 2015, yakni undang-undang yang sering digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat dan musuh politik parti pemerintah.
Kita harus akui, kelemahan tadbir urus dan politik menjadi faktor utama krisis pandemik gagal diatasi kerajaan Malaysia.
Kecuaian pentadbiran PN dalam mengatasi pandemik menyebabkan Malaysia menduduki tangga tercorot dalam Indeks Pemulihan Covid-19 daripada Bloomberg, berada di kedudukan 51 daripada 53 negara terbesar ekonomi dunia setakat 28 September 2021.
Caca marba sistem pentadbiran dan demokrasi negara telah menjadi punca para pelabur tidak yakin untuk meletakkan wang mereka di Malaysia.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Pelaburan Langsung Asing (FDI) Malaysia menurun 54.8 peratus pada tahun 2020.
Ketidakstabilan politik dan kelemahan kerajaan membuat dasar yang komprehensif bagi menguruskan pandemik menjadi punca pelabur tidak mahu mengambil risiko berniaga di Malaysia.
Agak janggal sekiranya Malaysia ingin menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025 melalui RMK12, tetapi institusi awam dan demokrasi negara masih berada di tahap negara berpendapatan rendah.
Sebuah negara maju tidak mungkin meminggirkan agenda pembaharuan demokrasi dan integriti bagi membina sebuah ekonomi yang benar-benar memberi kemakmuran kepada rakyat.
Dengan mengambil iktibar insiden #KerajaanGagal di bawah kerajaan PN, Ismail Sabri perlu komited menambahbaik agenda perubahan institusi dalam RMK12 dan membuktikan beliau tidak duduk di bawah bayang-bayang Muhyiddin Yassin yang gagal memimpin negara.
Bukan dokumen statik
Hakikatnya, Malaysia tidak boleh mengenepikan agenda reformasi institusi dan demokrasi untuk menjadi sebuah negara maju.
RMK12 tidak seharusnya dilihat sebagai dokumen ekonomi semata-mata, tetapi sebagai satu usaha memecahkan kebuntuan politik dan ketirisan tadbir urus yang telah menjejaskan pembangunan ekonomi Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu.
Sekiranya sistem pentadbiran negara lemah, tentunya perancangan dan agihan ekonomi yang telah dirangka kerajaan tidak akan sampai kepada rakyat terbanyak. Maka, RMK12 perlu melalui fasa pindaan dan perubahan bagi memperkukuh sistem politik dan tadbir urus negara.
RMK12 perlu dikaji semula oleh ahli parlimen dan kerajaan untuk dipinda bagi memasukkan pelan transformasi institusi awam dan demokrasi yang lebih komprehensif.
Jawatankuasa Pilihan Khas di parlimen boleh berperanan dalam mengkaji dan meneliti penambahbaikkan RMK12 dengan mengambil kira cadangan daripada rakyat dan pemegang taruh.
RMK12 tidak sepatutnya menjadi dokumen ‘statik’ yang tidak boleh ditambah baik atau dipinda. Ia sepatutnya perlu menjadi dokumen yang dibincangkan secara aktif sama ada di parlimen dan ruang awam.
Pendekatan ini dapat mencambahkan lagi perbahasan idea dalam membangunkan Malaysia secara dwipartisan, khasnya ketika fasa pemulihan pandemik.
-Published in The Malaysian Insight on 30 September 2021.
RMK12 pinggirkan reformasi institusi dan politik negara

RESEARCH
PILLARS
RESEARCH
CATEGORIES