Produced by Astro Awani
Dasar ekonomi terutama meningkatkan peluang pekerjaan bagi golongan belia menjadi cabaran utama kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
Rumusan
Kementerian Belia dan Sukan perlu bekerja keras dan fokus menguruskan cabaran belia dalam isu ekonomi seperti peluang pekerjaan dan pendapatan yang masih rendah, khasnya ketika Covid-19.
Fakhrurrazi Rashid, Koordinator Penyelidik REFSA berpendapat, adalah lebih baik sekiranya portfolio Belia dan Sukan dipisahkan kepada dua kementerian yang berbeza seperti yang dilakukan kabinet New Zealand dan Australia. Ini bagi memastikan dasar pembangunan belia dapat diberi tumpuan khusus seorang menteri dan kementerian tertentu.