Watch the video here

Produced by Astro Awani

Kerajaan disaran supaya lebih terbuka dalam sesi penerangan dan pertanyaan pada sesi sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung selama lima hari bermula Isnin ini. Koordinator Penyelidikan Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, keterbukaan itu termasuk kerajaan bersedia menambah baik dasar-dasar sedia ada dalam menangani krisis ekonomi dan pandemik.

Rumusan

Menteri sepatutnya memberi taklimat mengenai dasar ekonomi dan Pelan Pemulihan Negara di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) atau Select Committee, bukan semasa sidang khas parlimen.

Taklimat menteri pada Isnin ini tidak memberi nilai sekiranya kerajaan Tan Sri Mahiaddin Yasin tidak terbuka mendengar kritikan konstruktif dan menerima cadangan pembangkang dalam menambah baik dasar menangani krisis pandemik.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu memberi masa yang saksama kepada ahli parlimen agar mereka dapat membawa suara rakyat yang mahu kerajaan bertanggungjawab dalam memperbiki kelemahan dasar mereka menangani krisis pandemik.

Watch the video here