By Fakhrurrazi Rashid
RASANYA semua orang boleh baca bahawa keputusan menjadikan Kuala Selangor sebagai “kawasan angkat” Kementerian Kewangan bertujuan memenuhi hasrat Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz menjadi calon di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Berita ini menerima pelbagai reaksi. Rata-rata orang awam melihatnya sebagai tindakan yang menyebabkan pembangunan tidak sekata.
Walaupun Tengku Zafrul menafikannya, gerak-geri dan aktivitinya di Kuala Selangor semakin hari semakin rancak.
Faktanya, bukan Tengku Zafrul sahaja seorang senator yang bercita-cita ke gelanggang pilihan raya, tetapi ramai lagi senator yang sudah atau sedang bercita-cita menjadikan Dewan Negara sebagai platform untuk bertanding pilihan raya.
Dalam situasi ini, bukankah lebih baik kalau kita mula berbincang tentang idea mempertandingkan jawatan senator melalui pilihan raya?
Sebab senator perlu dipilih
Terdapat beberapa sebab yang boleh diambil kira untuk melaksanakan pilihan raya bagi Dewan Negara.
Pertama, pilihan raya Dewan Negara dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 45(4)(b) yang memperuntukkan senator dipilih bagi setiap negeri boleh melalui proses undi terus oleh pengundi negeri.
Kedua, meningkatkan penyertaan rakyat dalam memilih pemimpin. Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik telah menambah sebilangan besar jumlah pengundi.
Tidak realistik sekiranya jumlah pengundi yang berganda ini hanya diberikan kuasa untuk memilih wakil rakyat di peringkat negeri dan Dewan Rakyat sahaja.
Malah, pertambahan pengundi ini sudah pasti menyukarkan kerja-kerja perkhidmatan di kawasan yang selama ini diuruskan oleh ahli Parlimen dan Adun.
Dengan adanya senator di peringkat negeri, wilayah, atau daerah, sudah pasti ia akan meringankan tugas ahli Parlimen dan Adun berkhidmat untuk rakyat.
Malangnya, sebahagian penganalisis dan ahli politik masih memandang peranan senator dalam era lapuk dengan mendakwa Dewan Negara perlu bebas daripada politik kepartian dan perlu diisi dengan golongan teknokrat, professional, dan pakar.
Senator dilantik pak turut kerajaan?
Hakikatnya, teknokrat yang sepatutnya “bebas” seperti Tengku Zafrul itu juga mempunyai hasrat bertanding pilihan raya. Jadi, mengapa masih ada keraguan untuk mempertandingkan jawatan senator?
Sejak sekian lama, Dewan Negara didominasi senator lantikan Kerajaan Persekutuan melalui Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Pendekatan ini melemahkan keberkesanan Dewan Negara kerana senator perlu menjaga kepentingan kerajaan mengatasi kepentingan rakyat dalam membuat keputusan.
Jika mereka tidak menyokong usul kerajaan, maka khidmatnya sebagai senator mungkin tidak akan disambung.
Kini, terdapat 60 orang senator di Dewan Negara. Seramai 37 orang dilantik oleh YDPA atas nasihat perdana menteri dan 23 senator dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN).
Daripada 37 orang senator dilantik kerajaan persekutuan, Barisan Nasional (BN) mempunyai 14 orang senator, Perikatan Nasional (PN) pula 16 orang, dan tujuh orang senator daripada parti Sabah, Sarawak, dan lantikan atas kepakaran.
Ini termasuk Ketua Pemuda MCA Nicol Wong Siaw Tai yang dilantik sebagai senator baru-baru ini.
Amalan ini sudah cukup membuktikan kawalan ketat pihak eksekutif ke atas Dewan Negara.
Kesannya amat buruk kerana ia seolah-olah cuba melumpuhkan salah satu sayap institusi Parlimen yang sepatutnya memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
Saya sering mempersoalkan mengapa segelintir pihak melihat Dewan Negara perlu mengikuti jejak langkah House of Lord di United Kingdom. Sedangkan Dewan Negara hampir sama dengan sistem Rajya Sabha di Parlimen India.
Mengukuh semangat federalisme
Sejak 2021, Rajya Sabha mempunyai 245 orang ahli, 233 orang dipilih oleh badan perundangan di peringkat negeri masing-masing (seperti senator mewakili negeri di Malaysia) dan 12 orang lagi dilantik oleh presiden India berdasarkan sumbangan dan kepakaran individu itu kepada India.
Mengapa ahli Rajya Sabha dari negeri lebih ramai daripada ahli dilantik presiden India?
Kerana Rajya Sabha lebih menekankan pengukuhan federalisme dan kuasa-kuasa negeri berbanding kerajaan pusat.
Contohnya, mana-mana undang-undang kerajaan pusat berkaitan dengan kuasa negeri di India perlu mendapat kelulusan majoriti dua pertiga daripada Rajya Sabha.
Perkara ini berbeza dengan Dewan Negara apabila senator dilantik kerajaan persekutuan lebih ramai berbanding senator negeri.
Dewan Rakyat pula tidak perlu mendapat persetujuan dua pertiga daripada Dewan Negara dalam urusan negeri atau wilayah.
Faktanya, roh federalisme dan kuasa-kuasa negeri perlu menjadi asas utama peranan senator di Dewan Negara.
Selagi naratif melihat Dewan Negara sebagai institusi memperkukuh federalisme di Malaysia gagal digarap orang awam, sudah pasti peranan Dewan Negara mendatar dan hanya menjadi tempat berkumpulan orang pencen politik.
Kita harus akui, Dewan Negara di bawah kepimpinan Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim menonjolkan perkembangan positif seperti penubuhan Jawatankuasa Pilihan.
Tetapi ia masih menunjukkan sisi lemah senator yang tidak kritis terhadap dasar dan prestasi kerajaan persekutuan.
Bagi memulakan langkah ini, sebaiknya usaha menambah jumlah senator dari negeri kepada tiga orang, menjadikan jumlah keseluruhan senator seramai 39 orang, perlu dilaksanakan.
Cadangan ini selari dengan Perkara 45(4)(a) Perlembagaan Persekutuan dan secara asasnya untuk memperkasa perwakilan negeri di Dewan Negara.
Kedua, harus ada juga kajian untuk mengurangkan jumlah senator dilantik oleh kerajaan persekutuan supaya ia tidak melebihi senator yang dipilih oleh negeri.
Ketiga, bagi pemilihan senator di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, amat wajar sekiranya jumlah senator ditambah dan perlu melalui proses pemilihan pilihan raya.
Ini kerana pertambahan pengundi di Kuala Lumpur, tanpa perwakilan tempatan seperti DUN, menyukarkan kerja-kerja pentadbiran yang semakin mencabar.
Akhirnya, objektif utama cadangan mempertandingkan jawatan senator ini adalah demi mengukuhkan fungsi Dewan Negara akan ia kekal berfungsi untuk rakyat.
Mungkin perkara ini mengambil masa yang lama, tetapi ia perlu dibincangkan sekarang agar generasi akan datang boleh melihat nilai Dewan Negara untuk kebaikan mereka dan Malaysia.
-Published in The Malaysian Insight on 26 June 2022.
Mengapa senator perlu dipilih oleh rakyat?

RESEARCH
PILLARS
RESEARCH
CATEGORIES